Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

Review Celebritylass Master Odourless

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah.

Hari ni Mimi ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang manfaat daripada mengamalkan penggunaan Celebritylass dengan konsisten. Nama femes ialah CL.

Dah pernah lihat, dengar atau rasakan sendiri apa itu Celebritylass?

Kalau belum, jom kita tengok macam mana lah rupa CL ni.

Gunakan CL Tanpa Was-Was!

 Haa, Celebritylass cecair biru yang sungguh menawan. Kalau ada masalah macam dalam poster tu, boleh lah cuba Celebritylass ni. InshaAllah dapat membantu menyelesaikan masalah.

Jika ada yang masih belum mengenali CL , Mimi cerita sikit pasal Celebritylass ni. Harap ia dapat membantu sahabat semua menambah pengetahuan tentang CL. Boleh kan?

Apakah Celebritylass Master Odourless?
Celebritylass Master Odourless; menghilangkan bau badan kurang enak sepantas 3 saat dan memberikan kesegaran berpanjangan sehingga 24 jam!

Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam Celebritylass ?
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Celebritylass Master Odourless ialah:
1. Tawas (Aluminium Pottasium Sulphate)
2. Premium Rosa Extract Gigantean
3. Gabungan Pati Herba (Group of Herbs)
4. Air Suling (Distilled water)

Cara untuk menggunakan Celebritylass ni mudah sahaja:
1. Spray cecair CL ke tempat yang berbau
2. Sapu serata cecair CL yang meleleh-leleh tu
3. Biarkan kering dan bilas dengan air sehingga bersih
4. OK! Siap :)

Nikmati hari anda dengan gembira dan ceria apabila tiada lagi bau-bau yang  mengganggu gugat rutin harian anda.

Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Kalau nak hilangkan bau badan boleh cuba amalkan pakai Celebritylass.

InshaAllah, dengan izin Allah, badan kita akan bebas daripada bau-bauan yang kurang menyenangkan. Kekal yakin dengan CL selama 24 jam!

Best kan?

Kalau solat berjemaah pun, kita tidak ragu-ragu untuk merapatkan saf kerana tiada lagi bau badan yang boleh mengganggu makmum yang lain untuk kusyuk dalam melakukan ibadah. Subhanallah!

Tenang dan damai dalam temujanji bersama sang Pencipta. Allahuakbar!

Sumber : Facebook Encik Fatan Khariri

Jom bertukar kepada Celebritylass!

Mimi dah mengamalkan penggunaan CL setiap hari, sahabat wangi semua bila lagi? 
 
Pada yang dah mengamalkan CL, selautan Tahniah Mimi ucapkan. Anda super awesome. :)

Semoga dengan asbab menggunakan CL, kita bebas bau badan walaupun rutin harian padat 24 jam. Semoga kita lebih fokus dalam melakukan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Okeh!

Boleh boleh?

Kekal Yakin 24 Jam!

Nota sayang: 
Kalau ada masalah bau badan dan malu nak komen kat sini, boleh email Mimi kat hamimi(dot)com@gmail(dot)com ataupun Whatsapp je Mimi (+6018-9132061). Mimi akan bantu selesaikan masalah anda. Okeh!

Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ

Tuesday, 26 May 2015

Lirik Lagu - Satu Hari Nanti (Najwa Latiff)

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Hari ni Mimi nak kongsikan lirik lagu yang ada telepati yang bermanfaat jika dibaca dan difikirkan dengan lebih mendalam.

Setiap orang mungkin punya pemahaman yang berbeza dan lagu ini amat dekat di hati Mimi.

Satu Hari Nanti adalah masa depan kita. Andai kita punya 1001 impian dalam hidup ini, kita ingin sangat-sangat setiap apa yang kita impikan itu tercapai.

Sebagai seorang Islam, kita harus ingat bahawa kita merancang sesuatu perkara, Namun Allah juga punya perancangan untuk kita dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.

Setiap impian harus disertakan dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Ingatlah bahawa bukan semua yang kita hendakkan dalam kehidupan ini adalah apa yang kita perlukan.

Dan Allah berikan apa yang kita perlu dalam kehidupan ini kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. 

Okeh, lagu Satu Hari Nanti ni cukup direct maksudnya. Jom sama-sama hayati lirik lagu ni. 

Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doa ku untuk ku
Setiap doa ku untuk mu

Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa

Tadi pagi ku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa

Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa

Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan

Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa

Siapa yang halang dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut hantar aku ke hujung
Lambai selagi ku wujud
Senyum selagi ku berdiri
Senyum selagi ku berjanji

Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Okeh!

Nota sayang:
Jom TULIS IMPIAN KITA. Senaraikan apa yang kita mahu dalam hidup ini. Semoga ia adalah sesuatu yang bermanfaat untuk agama, diri kita sendiri, kaum keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Boleh boleh?

Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ

Wednesday, 20 May 2015

Giveaway CL (1st Batch)

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah.

Berakhir sudah sesi "Giveaway CL" untuk 1st batch.

Mimi adakan Giveaway ni melalui media sosial Facebook dan Instagram. Mungkin next batch Mimi boleh buat melalui blog ni kan. :)

Insan Bertuah :)

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang?

Untuk 1st Batch ni, Mimi memilih 2 orang insan yang bertuah. 

InshaAllah, next batch Mimi pilih lagi ramai ya.

Untuk menentukan pemenang, Mimi gunakan aplikasi di website iaitu Custom Random Number Generator. Sahabat semua boleh cuba kat sini ya. 

2 orang insan yang bertuah itu adalah:

Ist Winner

2nd Winner
Jeng.

Jeng.

Jeng.

Mereka yang BERTUAH ialah:

Tahniah CL Lovers!

Nanti PM Mimi dengan kata kunci "SAYA INSAN BERTUAH" tau! 

Cepat-cepat tuntut hadiah awak ya. Mimi nak details untuk post :)

Hadiah nya adalah Trial CL 5ml setiap seorang. Best kan?

InshaAllah, dengan asbab CL 5ml ini akan membantu pemenang untuk bebas bau badan selama seminggu. Double best kan?

Kalau sahabat yang lain berminat untuk join Giveaway #byMimiMJ, boleh lah tinggalkan nombor telefon sahabat semua di bahagian komen. 

Kalau malu-malu gitu, boleh juga terus whatsapp Mimi (+6018 - 9132 061) dengan kata kunci "GIVEWAY LOVERS".

Mimi akan inform semua Giveaway Contest melalui Whatsapp nanti.

Okeh.

TAHNIAH untuk INSAN BERTUAH!

Selautan TAHNIAH!

Kepada yang lain, boleh cuba lagi next time ya. InshaAllah ada rezeki anda pulak kan. Siapa tahu? Allah jua yang Maha Mengetahui siapa yang memerlukan CL ni.

Jumpa lagi di entry yang akan datang. :)

Nota sayang:
Kongsikan post ni di muka buku sahabat semua andai ia dapat membantu teman teman yang lain untuk bersama-sama sertai giveaway #byMimiMJ. Okeh!

Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ

Tuesday, 19 May 2015

13 Intipati Tindakan Emosi Negatif Yang Perlu Kita Ubah

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah.

Mimi titipkan nota kecil ini di laman blog picisan ni untuk tatapan semua pembaca blog yang Mimi kasihi. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang dikongsikan ini.

Ini adalah sedikit perkongsian daripada kakak wangi yang Mimi sayangi Kak Rabi'ah Roslan di muka buku nya.

Nota kecil ini adalah kesimpulan daripada buku "The Healing and Discovering the Power of the Water" by Dr. Masaru Emoto.

Terdapat 13 intipati yang disenaraikan, antaranya ialah;

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit seperti stress, kolesterol, hipertensi, serangan jantung, rhematik, arthtritis, stroke (pendarahan / penyumbatan pembuluh darah)...

Sumber : Encik Google
3. Jika kita sering membiarkan diri kita STRESS, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau...

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Imsomnia (susah tidur).

Sumber : Encik Google
6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

Sumber : Encik Google
8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

Sumber : Encik Google
11. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

12. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

13. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih).

Sumber : Encik Google
Setakat ini sahaja untuk perkongsian kali ini. Andai sahabat pembaca blog sekalian merasakan sahabat-sahabat lain perlu tahu akan hal ini, maka berkongsilah dengan mereka semua.

Share kan posting ini di dinding-dinding muka buku sahabat semua. Semoga posting ini menambah nilai dalam kehidupan kita semua.

Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ

Monday, 18 May 2015

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan roh dan jasad ini untuk terus berada di atas muka bumi ini. 

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan pernafasan sempurna untuk menghirup udara yang segar dan nyaman ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan mata untuk melihat keindahan dan keajaiban penciptaan alam semesta ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga dan insan yang memerlukan.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan telinga untuk mendengar celoteh insan-insan yang tersayang di dalam hidup ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan kaki untuk terus melangkah ke majlis-majlis ilmu dan menambah baik pemahaman ilmu duniawi dan ukhrawi.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah SWT buat hambaNya yang kerdil ini. Sungguh ku bersyukur atas segala nikmat kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup ini.

Andai ditulis dan dihitung, memang teramatlah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sememangnya tidak terhitung oleh kita sebagai seorang manusia biasa.

Oleh itu sama-sama kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Walau apa jua dugaan yang kita terima, ia adalah sedikit ujian daripada Allah SWT buat kita untuk menguji sejauh mana kita bergantung harap pada Allah SWT. 

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" [Al-Fatihah, 1:5]

Setiap insan pasti merasakan nikmat yang berbeza dalam kehidupan ini. Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini.


Saya masih lagi bertatih dalam mencari dan menggali ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga dengan penulisan di laman maya ini dapat menjadikan ilmu-ilmu yang dicari dan digali ini kekal di dalam minda.

Bahagia saya andai apa yang saya kongsikan di laman blog ini memberikan manfaat kepada semua teman pembaca. Semoga apa yang dikongsi dapat dijadikan penunjuk jalan dalam menggapai redha Allah SWT.

Andai ada sebarang nota ilmiah untuk dikongsikan bersama saya, boleh titipkan di email saya hamimi(dot)com@gmail(dot)com. 

Sebarang komen motivasi dan nasihat yang membina, boleh di titipkan di laman komen ya.

Semoga Allah merahmati sahabat pembaca blog picisan saya ini. 

Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ