Monday, 18 May 2015

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan roh dan jasad ini untuk terus berada di atas muka bumi ini. 

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan pernafasan sempurna untuk menghirup udara yang segar dan nyaman ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan mata untuk melihat keindahan dan keajaiban penciptaan alam semesta ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan tangan untuk menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga dan insan yang memerlukan.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan telinga untuk mendengar celoteh insan-insan yang tersayang di dalam hidup ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan kaki untuk terus melangkah ke majlis-majlis ilmu dan menambah baik pemahaman ilmu duniawi dan ukhrawi.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah SWT buat hambaNya yang kerdil ini. Sungguh ku bersyukur atas segala nikmat kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup ini.

Andai ditulis dan dihitung, memang teramatlah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sememangnya tidak terhitung oleh kita sebagai seorang manusia biasa.

Oleh itu sama-sama kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Walau apa jua dugaan yang kita terima, ia adalah sedikit ujian daripada Allah SWT buat kita untuk menguji sejauh mana kita bergantung harap pada Allah SWT. 

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" [Al-Fatihah, 1:5]

Setiap insan pasti merasakan nikmat yang berbeza dalam kehidupan ini. Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini.


Saya masih lagi bertatih dalam mencari dan menggali ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga dengan penulisan di laman maya ini dapat menjadikan ilmu-ilmu yang dicari dan digali ini kekal di dalam minda.

Bahagia saya andai apa yang saya kongsikan di laman blog ini memberikan manfaat kepada semua teman pembaca. Semoga apa yang dikongsi dapat dijadikan penunjuk jalan dalam menggapai redha Allah SWT.

Andai ada sebarang nota ilmiah untuk dikongsikan bersama saya, boleh titipkan di email saya hamimi(dot)com@gmail(dot)com. 

Sebarang komen motivasi dan nasihat yang membina, boleh di titipkan di laman komen ya.

Semoga Allah merahmati sahabat pembaca blog picisan saya ini. 

Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ

No comments:

Post a Comment