Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Hari ni Mimi nak kongsikan lirik lagu yang ada telepati yang bermanfaat jika dibaca dan difikirkan dengan lebih mendalam.
Setiap orang mungkin punya pemahaman yang berbeza dan lagu ini amat dekat di hati Mimi.
Satu Hari Nanti adalah masa depan kita. Andai kita punya 1001 impian dalam hidup ini, kita ingin sangat-sangat setiap apa yang kita impikan itu tercapai.
Sebagai seorang Islam, kita harus ingat bahawa kita merancang sesuatu perkara, Namun Allah juga punya perancangan untuk kita dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.
Setiap impian harus disertakan dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Ingatlah bahawa bukan semua yang kita hendakkan dalam kehidupan ini adalah apa yang kita perlukan.
Dan Allah berikan apa yang kita perlu dalam kehidupan ini kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.
Okeh, lagu Satu Hari Nanti ni cukup direct maksudnya. Jom sama-sama hayati lirik lagu ni.
Aku inginkan hidup senang
Aku inginkan hati tenang
Setiap doa ku untuk ku
Setiap doa ku untuk mu
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Tadi pagi ku patah hati
Dia tak mungkin kan kembali
Kau tak perlu faham apa yang ku rasa
Tak perlu bersedih jangan membuang masa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Ada orang yang gilakan harta
Ada yang hidup mewah tanpanya
Jika tak guna apa yang disediakan
Seandainya gagal jangan beri alasan
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Bawa ku bawa, semua ku sayang ku bawa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Siapa yang halang dan siapa yang menunggu
Aku tak perlu kau ikut hantar aku ke hujung
Lambai selagi ku wujud
Senyum selagi ku berdiri
Senyum selagi ku berjanji
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Satu hari nanti aku kan bebas aya yaa yaa
Dan pada oh hari itu dengar aku nyanyikan ayaa yaaa yaa
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Okeh!
Nota sayang:
Jom TULIS IMPIAN KITA. Senaraikan apa yang kita mahu dalam hidup ini. Semoga ia adalah sesuatu yang bermanfaat untuk agama, diri kita sendiri, kaum keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Boleh boleh?
Salam penuh kasih dan sayang,
Mimi MJ